Friday, January 06, 2017

Officially Sushi King's Member!

Assalamualaikum Dan Salam Jumaat diucapkan kepada semua pembaca blog ini...

Al-kisah semalam, selepas kerja sempat melayan perasan membawa jiwa kacau ke AEON Seremban 2. Tujuan utama mencari makanan kegemaran iaitu Sushi King!

Memang perangai saya, bila keadaan stress atau bermasalah terus cari makanan sedap. As if, makanan sedap dapat menyelesaikan masalah padahal lepas makan takde apa pun berlaku, masalah tetap masalah, huhuhu


Yeayyyyy.. 
Lagi pun, sejak cuti sekolah lepas langsung tak makan sini walaupun dalam hati teringin yang amat tapi bila lunch hour mesti penuh..

Seperti kebiasaan saya order Bento untuk Arief Redza dan set salmon grill untuk diri sendiri.


Nampak menyelerakan, bila makanan dihidang selesai baca doa terus makan, memang langsung tak tunggu lagi.. Cian budak ni seharian di sekolah dan sebelah petang di kelas tusyen memang memenatkan dan perut pun lapar jadi macam-macam dia request.


Gambar lama.. gambar semalam lebih kurang sama.. hehehehe 

Lepas makan masa buat bayaran seperti biasa saya 'dipujuk' supaya membuat kad keahlian Sushi King. Sebelum ni berjaya menepis pujukan itu mengenangkan tak mahu lagi menyumbangkan maklumat peribadi kepada pihak ketiga tapi ntah kenapa semalam termakan pula pujukan, huhuhu tewas juga akhirnya. 


Maka tanpa sengaja terus signed up membership dengan yuran keahlian RM20.00 dan dapat 2 complimentary voucher RM1.00.. Keterangan lanjut sila click website Sushi King.

Konon bila dah selalu makan sini, haruslah jadi ahli kannn... Untuk pengetahuan, kelebihan pemegang kad keahlian akan dapat 10% discount dan voucher. Tempoh keahlian setahun.


Yeayyy lihatlah dunia, I'm officially Sushi King's member! (padahal orang lain dah lama jadi member...)

 Tambah lagi satu kad keahlian dalam wallet..  itulah pompuan.


Bila dapat kad terus berangan, lepas ni bolehlah makan sushi puas-puas.. By the way cantik design kad dia kannn...

Okaylah, itu sahaja.. Siapa antara pembaca peminat sushi? Siapa pula antara pembaca pemegang kad Sushi King? 

Pada pendapat saya kepada peminat sushi boleh terus sign up membership, jimat sikit bila makan berkali-kali, on top of that dapat voucher dan kelebihan sebagai pemegang kad, hehehehe. 

Ini sahaja perkongsian saya..
Sehingga bertemu lagi di entry akan datang..
Wasalam...

9 comments:

  1. aida baru je meminati sushi tau.
    and nak masuk sushi king ni, x reti la plak.

    and one thing, dulu aida keje di s2.
    now da pindah. bukan sana lg.
    kalau la masih di sana, ntah2 nak ajak awak gi sushi king s2, saya blanje.
    demi nak blaja makan kat situ ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kalau masuk Sushi King order ikut menu, sebut jer nak makan apa kat menu tu..

      Kalau adianiez masih di S2 boleh kita dating di Sushi King kannn, tak kira sapa belanja.. okay jer.. hehehe

      Delete
  2. Best bila ada kad tue. Boleh dpt diskaun. Ana setiap minggu mesti wajib beli sushi. Ketagih rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer la Ana Suhana, sis dah mula ketagih Sushi King.. Harap x sia2 signed up membership, hehehe :-)

      Delete
  3. peminat tegar lah gamaknya ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe boleh dikatakan begitu juga.. :-)

      Delete
  4. kalau dah selalu pegi better sign up as member je kak..lbh jimat sebenarnya

    ReplyDelete
  5. Wah terima kasih atas perkongsian. 👍 . Saya baru nak cuba mkn di sushi king. Hehe. Alang2 tu cari info ttg kad keahlian sushi king ni.

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...