Monday, April 18, 2016

Lunch @ Black Canyon Restaurant, Palm Mall Seremban

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers..
Apa khabar hari ini? Didoakan semoga kalian semua dilindungiNya selalu dan dipermudahkan segala urusan.

Bila sebut tentang lunch hour terus teringat tagline dalam kepala : "LUNCH HOUR IS THE BEST HOUR OF THE DAY.." Mana tak best, masa lunch lah kita boleh berborak dengan geng lunch, layan gossip-gossip liar yang bermanfaat sikit (ehh ada ker?), opsss!

Dalam seminggu, lunch hour hari Jumaat adalah saat yang paling ditunggu-tunggu sebab lunch hour hari Jumaat kami panjang sikit dari hari-hari lain iaitu pukul 12.30 hingga 2.30 petang.. So sempatlah kami berjimba ke luar kawasan, hehehe 

Jumaat minggu lepas kami ke Black Canyon Restaurant di Palm Mall, Seremban atas permintaan adik intern, si Bell..

 
 Untuk pengetahuan, ni kali ke-2 saya makan di sini.. First time minum sahaja so takde laa rasa makanan kat sini so takde lah restaurant or food review.. Kali ni meriah makanan kitaorang order.. Selesai membuat order, kami ber-wefie dulu sementara tunggu makanan sampai.. 

 
Saya dan Mrs. A

 
Ni pula Bell dan Yus

Tak lama selepas itu air pun sampai.. 
Saya order ice coffee.. Sedap ice coffee dia, rasa semua balance.. Menepati citarasa saya..

 

 
Tak lama lepas tu hidangan pun tiba..

 
Atas ni fragrance rice..
Saya dan Mrs. A order Set A iaitu chicken tom yam, mixed vegetable dan satu hidangan lagi tak ku ketahui apa nama dia.. 

 

 

 
Member lain order set individu mengikut citarasa masing-masing..
Overall sedap semua cukup rasa as if kita makan di restoren seafood Thailand..
Recommended to all..

 
Inilah kami, Kak Nora (bertudung maroon) tak masuk frame dalam gambar atas tapi sebenarnya dia ada sekali.. Akhir sekali, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut kami suka hati.. Maka pukul 2.15 kami balik office..

Begitulah kisah lunch hour hari Jumaat lalu di Black Canyon Restaurant yang membawa tagline "A drink from Pradise... available on Earth" untuk minuman - macam tahu-tahu rasa minuman di syurga (abaikan tagline lupa diri itu..) manakala tagline makanan dia : "Good Food for Good Health & Good Life" - tagline makanan masih boleh diterima akal..
Sekian, thanks for reading..
W'salam..

14 comments:

  1. sedapnya menjamu selera dgn hidangaan yg istimewa semuanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak Paridah, syukur dgn rezeki dariNya.. :-)

      Semua hidangan pun sedap2 belaka..

      Delete
  2. Wah berbagai makanan ...tentu bertambah berselera makan dgn kawan2 sekerja,tentu meriah dpt bual2 lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriahkan kak Saniah.. Boleh tukar2 makanan, memang selera bertambah dapat makan macam2 Kak, hehehe.. :-)

      Delete
  3. haritu pernah makan sekali kat black canyon... kureng la.. pastu kawan kata menu zizie pilih tu tak best.. next time cuba yang recommended la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba zizie order tom yam & mixed veggies ni, mgkn memenuhi citaras zizie.. ;-)

      Delete
  4. aina pernah try padkapao tu (betul ke idok tah eja ni Hahaha..) dkt Black Canyon.. Not bad =). Makan berjemaah mmg sedap kan kak. Meriah! Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Aina, nama lauk tu padkapaw (sis refer kat resit).. Not bad kann boleh layann.. A'ah mkn berjemaah sedap rasa x mau masuk ofis, hehehe :-)

      Delete
  5. Nampak menyelerakan Kak LZ. Enjoy much. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Ain, alhamdulillah rezeki ketika perut sangat lapar ketika itu.. ;-)

      Delete
  6. wahh nmpk sedap. nnt p palm mall seremban nk g sini la.. ari tu p pizza hut je..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba jangan tak cuba.. Sesekali tukar selera.. :-)

      Delete
  7. Bestnyaaaa. Saya pun dah rasa menu yg kat atas tu. Tu pun orang belanja. Nak beli sendirik tak mampu. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapkann masakan dia.. Alhamdulillah, rezeki Ana org belanja.. In sha Allah bila Ana dah keja nnti blh mkn best2 lagi.. ;-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...