Wednesday, September 23, 2015

My wallet planner

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. Didoakan semoga segala urusan dipemudahkan dan berjalan lancar.. Selamat berpuasa diucapkan kepada mereka yang puasa sunat Arafah..

Kali ni saya nak share tentang planner saya yang berfungsi sebagai wallet dan bagaimana saya setup bagi memudahkan saya mengawal perbelanjaan harian to avoid overspending.

Ini bukan bermakna saya seorang yang sangat berjimat sampai kedekut tapi tujuan utama supaya saya dapat keep on track mana pergi wang saya belanjakan setiap bulan sekaligus membantu saya mengurangkan perbelanjaan melampau pada barang tak perlu or dalam erti kata lain boros.
 Entry ini kesinambungan dari entry pertama iaitu Luv My Filofax Finsbury .

First of all, begini rupa planner kesayangan saya, saiz pocket jenis Filofax City Bonded Leather. Saya dah gunakan sejak 2 tahun lalu sebagai wallet sebab itu ia nampak lusuh..





Bahagian slot kad saya letak CIMB debit card (wang perbelanjaan saya simpan di akaun ini), kad keahlian AEON (saya kerap membeli-belah barangan keperluan di AEON, sambil membeli boleh kumpul point untuk tebus voucher) manakala Popular Bookstore dan Watson's member cards, masing-masing dapat points dan discount. Jimat di situ.. ;-)  Tak lupa sejumlah wang tunai in case card problem.


Kandungan planner saya bahagi kepada 6 bahagian utama dan saya buat sub tabs seperti berikut :


PERSONAL : Colour coding & Receipts


(Atas) Pocket untuk resit dibuat dari used envelope. Setiap resit belian akan disimpan dalam poket ini. Saya akan rekod jumlah perbelanjaan mengikut tarikh resit belian dalam diary month on 2 pages di bawah.

Di bawah ini pula poket untuk stickers yang akan digunakan sebagai coding dalam planner ini.


DIARY : Calendar, Monthly, Weekly, Birthday / Anniversary, Website, Passwords & To do.

Saya gunakan month on 2 pages untuk tulis tarikh akhir bayaran bagi setiap bil (bill due date). Bila saya terima bil melalui pos, saya akan segera catat di column berkenaan mengikut tarikh. Saya akan periksa setiap tarikh akhir bil tersebut dan ditandakan menggunakan stickers mengikut simbol. Kebanyakan bil saya bayar melalui online banking. 

Contoh pages dalam diary, month on 2 pages bagi bulan February dan March.



FINANCES : Financial summary, Bills, Store sales.


Sub tabs yang terdapat dalam Finances section.


Berikut merupakan layout untuk budget dan perbelanjaan tetap setiap bulan.


Di dalam section ini saya buat envelopes system untuk mengasingkan wang tunai yang akan di bank in untuk bayaran credit cards, yuran Taska anak dan lain-lain bayaran tunai. Label di setiap envelopes saya guna washi tapes saja..




Selepas itu, di bahagian Bills saya senaraikan jumlah hutang yang telah dibayar untuk bulan berkenaan seperti berikut:


Store sale's section pula saya senaraikan wang masuk dan wang keluar dari jualan online business saya, My Exclusive Boutique dan Craft Store.

EXPENSES : Shopping lists, Stationeries, Wish lists & Expenses tracker.


Shopping lists page adalah page di mana saya letak sticky notes dan saya akan senaraikan segala barang yang ingin dibeli pada sticky notes tersebut supaya tak terlupa dan mengelakkan beli barang tak perlu. Maklumlah dalam shopping complex ni banyak dugaannya.. hihihi

Pada page shopping lists tersebut saya letak label dari post-it berwarna kuning sebagai penanda supaya mudah diselak ketika membeli-belah.


Bahagian stationeries pula khas untuk senarai barang yang akan dibeli di bookshop manakala Wish lists untuk barang-barang berunsur 'kehendak' seperti baju, lipstick, handbag dan sebagainya. Ada duit lebih baru boleh focus kepada senarai ini.. Barang keperluan dulu diutamakan.

Last section..

MEAL PLANNER dan CARDS

Saya mewujudkan bahagian meal planner apabila ingin membeli sayur dan lauk pauk. Saya akan merujuk section ini untuk mendapatkan bahan-bahan berkaitan.



Cards section pula untuk letak vouchers atau discount coupon supaya boleh digunakan ketika membuat pembayaran.

Okay, itu sahaja yang ingin dikongsi. Mula-mula implement cara ini memang susah dan 'banyak kerja' tapi kata orang 'alah bisa tegal biasa'  so sekarang tak jadi masalah lagi.. 

Pesanan penaja  : Dalam sibuk membeli-belah jangan lupa berjimat for future plan.

Thank you for reading.
W'salam..







10 comments:

  1. comel jugak planner nii. hehe :D

    ReplyDelete
  2. wow. tu first impression saya bila baca entry ni
    bukan semua mampu buat. kagum saya
    saya sendiri tak mampu lakukan terperinci camni
    keep it up ye =)

    oh, selamat hari raya aidil adha =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Yana Yani.. :-)
      Selamat Hari Raya Aidiladha juga diucapkan..

      Delete
  3. sdalam singgah seronok nur pun suka planner boleh geng hihihi..planner bukan segi finance jer semua pun kerja rumah aktiviti harian ..bila kita tulis kita ingt apa yang kita kena buat tuh yg nur suka buat life kita jadi organize :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn cik nur, planners blh digunakan utk organize mcm2 perkara.. Saya pun ada planner utk organize aktiviti harian.. Kita boleh gang okay.. ;-)

      Delete
  4. wah memang comel...memang nampak banyak kerja..tp alah bisa tegal biasa kan...good luck dear...tinggal kat Seremban 2?wah...i every weekend balik seremban

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Amanda Suria,

      Betul, bila biasa buat & ikut tak jadi masalah.. Saya cari mkn di Seremban.. Oh AS org Seremban.. :-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...