Thursday, October 30, 2014

Resepi : Macaroni Bolognese Simple


Assalamualaikum & salam sejahtera to all readers..
Hopefully semua sihat di kala cuaca tak menentu, kadang kala panas dan mostly hujan ribut pada waktu petang..
Minggu ni agak busy dengan kerja-kerja di pejabat, banyak paperwork perlu disiapkan mengikut deadline. Maklum sajalah dekat hujung tahun semua pun nak achieve target. Court sekarang ada KPI yang perlu dicapai contohnya kes-kes Mahkamah perlu diselesaikan dalam tahun yang sama.. No more adjournment kalau takde concrete reason.. 

Di tambah pula berurusan dengan manusia yang bermacam-macam karenah. Ada yang baru kenal tapi tak tahu hormat kita.. Padahal kita ni client dia, kita yang lantik dia pastu macam kita pula mintak makan dengan dia.. Ada pula yang dah lama kenal tapi cuba manipulate kita untuk ikut arahan dia.. Siapa kena ikut arahan siapa sebenarnya? Hurrrmmmm... Dealing with someone who is difficult for us can be very stressful.. Itulah penyumbang utama stress sebenarnya..

So biarkan mereka terjun dengan labu-labunya.. Kita layan apa yang kita suka.. Semalam terima postcard dari penpal di Indonesia yang sudah 5 tahun menetap di Korea.. So dia hantar postcard Korea yang menunjukkan salah satu tempat pelancongan terkenal di Busan iaitu Taejongdae.. 
Ni postcard dia :

Yeay, bertambah lagi koleksi postcard saya..

Ni pula kesinambungan dari entri sebelum ni, tentang macaroni bolognese ringkas. Ini resepinya saya share di sini..



RESEPI MACARONI BOLONGNESE

Bahan-bahan:

2 biji bawang putih - cincang halus
1 biji bawang merah - potong baji
2 sudu besar cili kisar
Sebungkus pek macaroni
1 botol sos bolognese mushroom jenama Kimball
1 pek daging kisar Ramly 
1 tin cendawan butang - dihiris nipis
Garam
Minyak masak

Cara-cara:

Masukkan macaroni ke dalam air mendidih dicampur sesudu kecil garam dan beberapa titik minyak masak. Rebus hingga lembut dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga naik bau. Pastikan api sederhana untuk mengelakkan bawang putih cepat hangus. 
Masukkan 2 sudu besar cili kisar dan tumis hingga garing. Kemudian masukkan daging kisar dan kacau hingga masak. Selepas itu, masukkan sos bolognese dan kacau rata. 
Setelah sos mendidih, masukkan cendawan butang yang telah dihiris dan bawang besar. Perisakan dengan garam. 
Kacau selama 5 minit. Akhir sekali masukkan macaroni dan gaul rata. Siap!

Sedap dimakan di waktu santai
  Selamat mencuba!
Thank your for reading..
Have a good day everyone :-)

THE END

4 comments:

  1. Replies
    1. Hehehehe..
      Thank you Anum coz sudi singgah..

      Delete
  2. uihhhh.. tengok pun kenyang :p tenung lama-lama lah.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai Shera yer so tenunglah lama-lama biar kenyang.. Hehehe

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...